16 Aug 2004 sebol   » (Journeyer)

Acara Sumber Terbuka

Tahun 2003 memang best, aku dapat menempel di booth MIMOS di Melaka, booth bytecraft di Linuxword, dapat 1 booth masa fosscon, bentang kertaskerja di Seminar sumber terbuka di sekolah (upsi).

Tapi tahun ni murung, tapi ada banyak acara yang kecil-kecil tetapi dianjurkan oleh pihak tertentu, ditujukan kepada ahli masing-masing sahaja.

Linux World aku tak minat, lepas tu ada IIU buat acara, tapi minit terakhir sahaja jemput my-penguin, belum sempat nak pos perincian acara, dah selesai.

selepas tu dengar ura-ura Uitm nak buat acara, kemudian UPM. tarikh dekat-dekat pula tu. Yang Uitm, aku rasanya boleh pergi pasal anak sedara aku kawin pada 4 Sept, mungkin sempat jenguk pada 3 sept. Nak minta booth, tak cukup masa, pasal esoknya nak tengok anak sedara aku nikah, lusa mungkin bertandang etc. so rasanya, yang boleh ialah pada jumaat petang, buat workshop pasal l10n ke. tapi dah fully booked, & Rosli tu cakap orang tertentu sahaja buat workshop.

Bagaimana takrifan orang tertentu tu? Nasib la, aku hanya boleh jenguk2 sahaja pada jumaat tu.

Oleh kerana ada ura-ura acara di UPM tu ada kaitan bytecraft, terus aku call Sharuzzaman, aku tanya dia dia terlibat atau tidak dengan acara di Uitm atau UPM, aku pun dah lama tak jumpa dia. dia kata "Tak", kenapa? rupanya ada lagi 2 acara selepas tu. 1. berkaitan Novell 2. berkaitan MAMPU tapi internal (boleh seludup diri rasanya).

timbul persoalan, kenapa banyak sangat acara kecil2, pada masa yang sama golongan nerd perlukan 1 acara yg besar.

rindu fosscon.

terus aku call afrezal, mana tau ada ura-ura nak buat conference & exhibition tahun ni. jawapan personal dia positif, tapi ada banyak halangan.

rasanya, hanya mimos sahaja yang boleh buat conference besar2. Dulu (2002) join dgn UPSI, besar juga, masa tu komnas baru nak hidup. 2003, mimos & upsi buat asing2, aku pergi dua-dua, tapi fosscon lagi best.

1 perkara best kalau MIMOS organise ialah dia berjaya tarik opensrc hacker. dulu mamat samba, lepas tu Mad Dog Hall & Davi^H^Hud Axmark .

tapi kalau ada banyak acara kecik-kecik, nak ke diorang datang. Jdub dah memang nak datang dah kalau ada fosscon 2004. tapi takde :(

Pada kesibukan banyak acara sumber terbuka pada Ogos & Sep ini, muncul pula "Software Freedom Day" Kaeru, nak cari tempat yang ramai orang, tapi larat ke nak burn CD banyak2?

aku suggest combine sahaja dgn yg UPM buat tu.

Aku sampai serba salah kalau nak ajak kawan2 My-Penguin untuk join, nak suh join yang mana satu?

Tapi aku rasa, kalau something BIG, & bagitau awal, tak mustahil ramai2 boleh minta cuti untuk turut serta.

Ringkasan acara yang ada untuk masa terdekat:

  • 23-28 aug - UPM Open Week http://opensource.bytecraft.com.my/event_osupm04.htm

  • 28 Aug - Software Freedom Day (KL Sentral? Mid Valley?)

  • 3-5 sept - Uitm http://cs225.net/expo

  • 7 sep - Novell's http://www.novell.com/offices/asiapac/kualalumpur.html

    Pening.....

  • Latest blog entries     Older blog entries

    New Advogato Features

    New HTML Parser: The long-awaited libxml2 based HTML parser code is live. It needs further work but already handles most markup better than the original parser.

    Keep up with the latest Advogato features by reading the Advogato status blog.

    If you're a C programmer with some spare time, take a look at the mod_virgule project page and help us with one of the tasks on the ToDo list!