13 Feb 2005 sebol   » (Journeyer)

Islam Hadhari

Apa itu Islam Hadhari? ada yang kata Islam hadhari itu islam lah. tapi kenapa ditokok "hadhari" pada nama "islam" Ada yang anggap ia agama baru. walaupun memang paklah tak jadikan Islam hadhari tu agama baru, tapi kalau ikut Hukum DM Bahasa Melayu, seolah2 Islam Hadhari tu 1 versi lain bagi islam.

kemudian, mereka mempersalahkan orang yang tak paham "Islam Hadhari" mereka.

Last 2 week, pada teks khutbah jumaat negeri melaka, ada ayat "Namun masih ada masyarakat yang tak paham Islam Hadhari"

nampak macam seolah2 mereka yang tak paham Islam Hadhari itu macam buat salah pula.

Kenapa macam tu? Ada hukum tertentu ke mewajibkan kita memahami apa itu Islam Hadhari? sampai nak keluarkan ayat cam tu dalam khutbah.

tu kes yang pertama.

Semalam, aku pergi Forum perdana, ada ustaz_yang_selalu_keluar_TV, & ustazah syarifah.

Beria2 Ustaz tu nak "memperjelaskan" Islam Hadhari. Walaupun aku orang PAS, aku dengar juga hujah2 mereka.

timbul 1 persoalan yang aku nak tanya

Kenapa sibuk2 nak memperjelaskan apa itu islam hadhari & memperlekehkan orang yang tak paham apa itu islam hadhari?

so, bila habis je ceramah, aku gi serbu Ustaz tu. "Assalamualaikum Ustaz, saya ada nak tanya soalan pasal islam hadhari yg diperbincang kan tadi"

"Silakan" kata ustaz tu sambil berjalan nak balik, aku pun jalan sebelah dia cam close friend lak.

"Salah kah kita kalau tak paham apa itu islam hadhari"?

ustaz tu jawap, "satu soalan yang baik" tiba2 dia rapat dgn aku, tepuk belakang aku sikit, & cakap pelan2.

"Sebenarnya Islam Hadhari tu agenda kerajaan je"

sebenarnya soalan aku tadi tu trapped question, takkan dia nak jawap wajib memahami apa itu islam hadhari lak.

dia kata similar dgn "Islam Madani" masa zaman anwar, so aku deny, masa zaman Anwar tu "Masyarakat Madani" bukan Islam madani, dimana Madani tu merujuk kepada masyarakat.

Ustaz tu admit yang sepatutnya "Masyarakat Hadhari" & bukannya Islam Hadhari.

so, kesimpulannya, Ustaz yang dok cadang Islam hadhari tu sendiri mengaku yg ianya memang agenda kerajaan.

hmmm hmmm

fikir2kan lah,

aku takmo reveal siapa nama ustaz tu.

Latest blog entries     Older blog entries

New Advogato Features

New HTML Parser: The long-awaited libxml2 based HTML parser code is live. It needs further work but already handles most markup better than the original parser.

Keep up with the latest Advogato features by reading the Advogato status blog.

If you're a C programmer with some spare time, take a look at the mod_virgule project page and help us with one of the tasks on the ToDo list!