Older blog entries for sebol (starting at number 21)

18 Oct 2004 (updated 18 Oct 2004 at 15:43 UTC) »

Dah lama tak update blog.

busy main dengan toys (mono dan lain-lain)

hari tu pergi tengok anak bulan. tak nampak anak bulan. bila tiba je balai cerap, tengok ada banyak polis. confidential sangat ke anak bulan ni. rupanya-nya ada Ali Rustam kat situ, tup tap khalil Yaakub pun tiba.

Ali dok dengan handphone dia, entah call sape ntah. orang sibuk tengok anak bulan, cameraman sibuk tangkap gambar ali rustam tengah teropong anak bulan.

tapi aku tak jumpa anak bulan di atas ufuk, just jumpa anak 9bulan yang sentiasa di atas ufuk.

anak 9bulan sedang mencerap anak bulan.

Hadhari and Money politics is like syit and urine.

Ekonomi Negara

Hari ini aku nak menulis pasal ekonomi negara, aku memang tak puas hati dengan langkah kerajaan akhir-akhir ini berkaitan kenaikan/penurunan harga.

Harga bahanapi (petrol/disel/gas) naik Harga rokok naik Harga ayam naik. Kenaikan itu hanya dalam tempoh 1 bulan.

Harga air mineral nak diturunkan.

Saya faham pasal kenaikan harga minyak dunia yg mencecah paras tertinggi. Saya faham ada banyak subsidi disel dicuri oleh sektor industri & negara jiran.

Memang saya tahu kerajaan kena tanggung subsidi tu.

Tapi ekonomi bukan hanya "Berapa yang kerajaan ada" Ekonomi melibatkan semua orang, miskin dan kaya.

Bila harga minyak naik, semua benda terpaksa dinaikkan. bukan pekedai saja-saja nak naikkan.

Mari kita lihat peruncit biasa. kedai runcit biasa, terpaksa meningkatkan modal pusingan kerana kenaikkan harga rokok.

Lepas tu, oleh kerana harga minyak naik, "van sale" terpaksa menanggungnya, & ini menyebabkan van sale pun dapatkan lebih keuntungan untuk cover dia punya kenaikan minyak. So terpaksa harga barangan yang hendak dijual kepada peruncit biasa.

Peruncit biasa, terpaksa bayar juga harga yang tinggi. tapi "pengguna" nak harga jual yang rendah. Memang selalunya, bila "harga datang" naik, salesman agak suggest naikkan "harga jual" tapi kebiasaannya, walaupun mendapat margin yang sama tapi peratus marginnya akan menurun. & mahu tak mahu, modal pusingan pun kena naik lagi.

Berapa peratus peruncit nak markup harga? pengguna nak harga murah sahaja.

Apa barang lagi yang peruncit boleh dapat magin tinggi & boleh pusing cepat? Yang saya nampak hanya Air mineral & air minuman. Itu pun kerajaan nak campur tangan suruh turunkan harga. kasi lah peluang pada peruncit untuk ada 1,2 jenis barang yg boleh dapat margin tinggi sikit.

Memang alatulis boleh dapat margin tinggi, tapi dia tak "laju" macam air mineral.

Diam-diam, muncul Tesco, Family Store & seangkatan dengannya. kalau kat melaka ada "Ranjini & Tong Hup" Pasaraya sebegitu "buang harga" sehingga "harga jual" mereka lebih murah drpd "harga datang" pada vansale.

Pengguna boleh beli secara langsung drpd "Pasaraya Buang Harga", memang boleh menjimatkan poket pengguna tapi dari segi ekonomi, ia tak menguntungkan peruncit kecil & van sale kecil.

Bayangkan macam mana peruncit nak jawap kalau pengguna tanya kenapa barang kedai ni mahal? di tesco boleh dapat lagi murah. walhal harga datang yang peruncit tu dapat lebih mahal drpd tesco. Macam mana kedai runcit Pak Ali nak compete dengan Tesco?

Ahmad lak yg bawak van suply barang, pergi semua kedai, semua cakap kenapa mahal? tak tahu ke minyak dah naik? vansale pun nak cari makan juga, takkan dia nak jual dengan harga yg sama dengan harga dia beli. nak bayar minyak guna apa, nak kasi anak bini makan lagi.

Masa zaman gaji sikit tapi harga barang naik, memang la pengguna akan serbu tesco untuk beli stok barang rumah untuk 1 bulan sekali gus. Hujung bulan dah takde duit. dok menghitung baki wang yg ada "lepas ke tak duit minyak kereta bukan ni, rokok lagi"

dipendekkan cerita, kebanyakkan aktiviti jual beli akan slowdown bila hujung bulan sementara gaji belum dapat. Ahmad yg bawak van sale pun pusing2 tak dapat sale banyak masa tu. of course peruncit pun suffer lagi teruk. Kuasa beli rakyat Malaysia memang merosot masa tu.

Kedai makan pun suffer kalau orang dok makan megi je hujung bulan. megi pula beli banyak2 kat tesco masa awal bulan sebelum tu.

<sebol> äöüppöß09089999999--

<jk_work> sebol: Is your cat cute?

<sebol> jk_work: It's my baby who is typing

<jk_work> he/she is probably also cute

<sebol> refer gnome 2.8 screenshot number 4

<jk_work> nice

20 Sep 2004 (updated 20 Sep 2004 at 01:36 UTC) »
PRIMAX Baru - Prestasi Tanpa Batasan

Authorization

Kenapa di cek kena apa tandatangan? Kenapa dalam surat kena ada tandatangan? Kenapa dalam dalam perjanjian kena ada tanda tangan.?

Kenapa bila nak langgan kelompok emel, mesti pelanggan tu reply supaya boleh masuk? kenapa bila nak approve orang masuk kelompok emel, orang tertentu sahaja boleh approve & memerlukan katalaluan?

kenapa dalam sesuatu sistem ada beberapa peringkat keizinan? root boleh buat macam-macam, user terhad, dlm mysql pun ada had-had sebegitu.

Tapi, dunia berubah, dunia dah tak hormat lagi authorization. Boleh kongsi katalaluan.

boleh ke kita tiru tandatangan orang lain kalau tak taruk (b/p) ?

Dipendekkan cerita, seseorang telah emulate authorization supaya pelangganan terhadap sesuatu servis boleh dilakukan. & seseorang emulate authorization lagi sekali untuk membatalkan servis tu. so 2 kali emulate authorization. mana aku tak melenting.

To whom it may concern. - bukan aku tak kasi guna barang-barang aku. tapi jgn emulate authorization drpd aku.

bayangkan kalau seseorang tak dapat langgan mypenguin99 disebabkan seseorang emulate authorization aku supaya reject user tu. bayangkan kalau patch ke linux kernel, di reject oleh bini dia.

your patch has been rejected by linus torvalds, tapi bini diaa yg rejectkan.

Aku suka totem, dah terbiasa dengan totem. tapi totemmacam menghala ke arah gstreamer. bagi aku gstreamer lom matang lagi, xine agak matang. Aku nak dua-dua ada, jadi dulu aku fikir, nak kena ada xine-ui untuk mainkan media, tapi UI dia teruk.

sekarang aku jumpa muine. so, muine + xinelib, & totem dgn gstreamer.

jorn ni takde kerja lain ke?

28 August = Software Freedom day

31 August = Independent day

2 September = Freedom day...

/opt penuh bila mengjhbuild, nak kena cleanup. aku jumpa lib tahun 2002 pun ada.

Tak tentu arah...

Konon nak install planet, supaya my_wife senang nak baca blog orang lain, apache tak hidup. dah version 2.x rupanya...

entah macam mana, buang masa dgn giFToxic.

entah macam mana, teringin nak cuba jhbuild, tapi require "tla".

aku tanya orang kat #gnome, dia kata "install arch", "install tla"

bila google, macam2 jenis tla yg jumpa.

aku confuse, install arch apa? "jhbuild install arch" ke? rupa-rupanya GNU arch.

baca sikit ... http://web.verbum.org/tla/grokking-arch/ menarik juga.

ingatkan nak commit sikit, tapi aku meraban lak buang masa betul.

Kenapa aku mesti backing TianceOS? Sini

12 older entries...

New Advogato Features

New HTML Parser: The long-awaited libxml2 based HTML parser code is live. It needs further work but already handles most markup better than the original parser.

Keep up with the latest Advogato features by reading the Advogato status blog.

If you're a C programmer with some spare time, take a look at the mod_virgule project page and help us with one of the tasks on the ToDo list!