Older blog entries for sebol (starting at number 13)

/opt penuh bila mengjhbuild, nak kena cleanup. aku jumpa lib tahun 2002 pun ada.

Tak tentu arah...

Konon nak install planet, supaya my_wife senang nak baca blog orang lain, apache tak hidup. dah version 2.x rupanya...

entah macam mana, buang masa dgn giFToxic.

entah macam mana, teringin nak cuba jhbuild, tapi require "tla".

aku tanya orang kat #gnome, dia kata "install arch", "install tla"

bila google, macam2 jenis tla yg jumpa.

aku confuse, install arch apa? "jhbuild install arch" ke? rupa-rupanya GNU arch.

baca sikit ... http://web.verbum.org/tla/grokking-arch/ menarik juga.

ingatkan nak commit sikit, tapi aku meraban lak buang masa betul.

Kenapa aku mesti backing TianceOS? Sini

Aku perlukan 800+ rentetan untuk diterjemah supaya Malay is supported.

ada masa 15 hari hmmm hmmm hmmmm

My wife can do gnome-games lupa pula

Hidup zaman sekarang ni susah nak jadi amanah. dah jadi macam zaman jahiliah pula bila semua orang tak amanah, kecuali Nabi Muhammad s.a.w. sampailah dia digelar Al-Amin.

Ada 1 company, manager dia allow staff dia tuang minyak guna kad syarikat ke kereta sendiri, tapi syarikat tak allow buat macam tu. manager tu call aku supaya cover benda tu.

Apa patut aku buat?

Penat dah dua hari berjalan siang malam sebelum ni malam pergi muar, malam tadi berjalan pergi Jasin, ada ijtimak. rasa macam nak voice out something, tapi tak tak jadi.

singgah tempat yusri, dia tak ada, tapi aku tengok dia ada price tag mesra tapi yg kecil. menarik gak.

ada je idea dia.

rupanya, dia custom made. boleh save sikit rasanya. ni nak cuba bawak puncher lama, untuk cuba.

mana tau boleh, dah ada 2 tembak harga.

Borang iwish dah ada. ambil untuk Sungai rambai sekali, lepas tu kasi suriati kat kedai tile. dia bawak syaza... comel.

Acara Sumber Terbuka

Tahun 2003 memang best, aku dapat menempel di booth MIMOS di Melaka, booth bytecraft di Linuxword, dapat 1 booth masa fosscon, bentang kertaskerja di Seminar sumber terbuka di sekolah (upsi).

Tapi tahun ni murung, tapi ada banyak acara yang kecil-kecil tetapi dianjurkan oleh pihak tertentu, ditujukan kepada ahli masing-masing sahaja.

Linux World aku tak minat, lepas tu ada IIU buat acara, tapi minit terakhir sahaja jemput my-penguin, belum sempat nak pos perincian acara, dah selesai.

selepas tu dengar ura-ura Uitm nak buat acara, kemudian UPM. tarikh dekat-dekat pula tu. Yang Uitm, aku rasanya boleh pergi pasal anak sedara aku kawin pada 4 Sept, mungkin sempat jenguk pada 3 sept. Nak minta booth, tak cukup masa, pasal esoknya nak tengok anak sedara aku nikah, lusa mungkin bertandang etc. so rasanya, yang boleh ialah pada jumaat petang, buat workshop pasal l10n ke. tapi dah fully booked, & Rosli tu cakap orang tertentu sahaja buat workshop.

Bagaimana takrifan orang tertentu tu? Nasib la, aku hanya boleh jenguk2 sahaja pada jumaat tu.

Oleh kerana ada ura-ura acara di UPM tu ada kaitan bytecraft, terus aku call Sharuzzaman, aku tanya dia dia terlibat atau tidak dengan acara di Uitm atau UPM, aku pun dah lama tak jumpa dia. dia kata "Tak", kenapa? rupanya ada lagi 2 acara selepas tu. 1. berkaitan Novell 2. berkaitan MAMPU tapi internal (boleh seludup diri rasanya).

timbul persoalan, kenapa banyak sangat acara kecil2, pada masa yang sama golongan nerd perlukan 1 acara yg besar.

rindu fosscon.

terus aku call afrezal, mana tau ada ura-ura nak buat conference & exhibition tahun ni. jawapan personal dia positif, tapi ada banyak halangan.

rasanya, hanya mimos sahaja yang boleh buat conference besar2. Dulu (2002) join dgn UPSI, besar juga, masa tu komnas baru nak hidup. 2003, mimos & upsi buat asing2, aku pergi dua-dua, tapi fosscon lagi best.

1 perkara best kalau MIMOS organise ialah dia berjaya tarik opensrc hacker. dulu mamat samba, lepas tu Mad Dog Hall & Davi^H^Hud Axmark .

tapi kalau ada banyak acara kecik-kecik, nak ke diorang datang. Jdub dah memang nak datang dah kalau ada fosscon 2004. tapi takde :(

Pada kesibukan banyak acara sumber terbuka pada Ogos & Sep ini, muncul pula "Software Freedom Day" Kaeru, nak cari tempat yang ramai orang, tapi larat ke nak burn CD banyak2?

aku suggest combine sahaja dgn yg UPM buat tu.

Aku sampai serba salah kalau nak ajak kawan2 My-Penguin untuk join, nak suh join yang mana satu?

Tapi aku rasa, kalau something BIG, & bagitau awal, tak mustahil ramai2 boleh minta cuti untuk turut serta.

Ringkasan acara yang ada untuk masa terdekat:

  • 23-28 aug - UPM Open Week http://opensource.bytecraft.com.my/event_osupm04.htm

  • 28 Aug - Software Freedom Day (KL Sentral? Mid Valley?)

  • 3-5 sept - Uitm http://cs225.net/expo

  • 7 sep - Novell's http://www.novell.com/offices/asiapac/kualalumpur.html

    Pening.....

  • Nerd(wife)

    Hari ni, aku tengok wife aku macam terpengaruh dgn 3rd party tool yg ada untuk memperkayakan webblog dia. drpd siang tadi dia sebut "nedstat", tapi aku ingatkan netstat

    kepana pula netstat tak boleh, ada restriction ke nak laksanakan netstat. tak pernah pula jumpa, rupa-rupanya nedstat. nak track visitor rupanya. lepas tu aku suggest la tool yg aku guna dulu2, siap ada browser stat, resolution dll. tapi lupa nama. puas aku cari, rupanya yg aku guna dulu2 ialah extreme-dm.

    unkymoods.com tu apa pula ya?

    petang tadi dia sibuk discover pasal WAP, aku hairan gak, ingatkan WAP is dead, rupanya hidup lagi. aku pun tak berapa paham apa dia nak, rupanya ada 1 benda tu require WAP. aku dah lupa apa s/w yg aku guna dulu2, untuk emulasikan tapak WAP. apa ya, yang ada gambar nokia tu.... lupa lupa... 4 tahun dulu.....

    Do we need "GNOME Starter Edition" ? hehehehe

    13 Aug 2004 (updated 13 Aug 2004 at 01:52 UTC) »

    Apa sudah jadi dengan OpenOffice l10n ms ?

    http://groups.yahoo.com/group/openoffice-l10n-my/

    Sekang ni banyak isu bahasa Melayu dalam media, jadi rasanya inilah masanya nak spark balik revolusi l10n ms yang tidur seketika.

    GNOME 2.8 essential kini 71.59 % ada lagi 8.xx %

    I've found a solution to overcome macros problem during ./autogen.sh

    cat .cvsignore | xargs rm -Rf $1
    

    4 older entries...

    New Advogato Features

    New HTML Parser: The long-awaited libxml2 based HTML parser code is live. It needs further work but already handles most markup better than the original parser.

    Keep up with the latest Advogato features by reading the Advogato status blog.

    If you're a C programmer with some spare time, take a look at the mod_virgule project page and help us with one of the tasks on the ToDo list!